Jimmy

Siapa Jimmy Wong, Penasihat DAP Sabah?

Sejak semalam tersebar foto Penasihat DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin yang berseluar pendek dalam satu majlis rasmi. Beliau yang juga ADUN Sri Tanjong dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, sebelum ini mempunyai rekod kontroversi seperti berikut:

1) Pada 28 Mac 2012, Lembaga Pegawai Sabah membatalkan status anak negeri (Sijil Anak Negeri) Jimmy Wong. Beliau didapati menipu keturunan sebagai Sino Kadazan. Lembaga mendapati Jimmy Wong tiada darah keturunan Kadazan kerana ibu bapanya adalah berketurunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya. Bererti, Jimmy Wong tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

2) Isu penipuan Sijil Anak Negeri oleh Jimmy Wong sebelum itu pernah dibangkitkan dalam DUN Sabah, ketika itu beliau merupakan Adun Sri Tanjung. Pada 17 November 2009, Samsudin Yahya (BN-Sekong) mendakwa Jimmy Wong telah menceroboh kawasan tanah rizab kerajaan dan taman permainan bagi mengubah suai kawasan rumahnya. Samsudin turut mendedahkan bukti bergambar dalam sidang DUN tersebut.

3) Sekitar awal Mei 2015, tersebar video Jimmy Wong membantah permintaan penduduk Islam untuk mendapatkan tapak membina sebuah masjid. Beliau berkata, ia akan menganggu ketenteraman penduduk lain terutamanya ketika waktu tidur (azan Subuh). Tonton video: https://www.youtube.com/watch?v=9dXsU__PtxQ

4) Sekitar Disember 2013 hingga Jun 2014, beberapa pemimpin DAP Sabah bertindak meletak jawatan dan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Jimmy Wong. Mereka, di antaranya ialah Fred Fung (Timbalan Pengerusi DAP Sabah) Peter Liew Fui Ken (Naib Pengerusi DAP Sabah), Dr Hiew King Cheu (ADUN Luyang), Hiew King Cheu (ADUN Api Api), Candy Wong (Ketua Wanita DAP Kota Kinabalu) dan lain-lain. Akar umbi DAP Sabah ketika itu turut mendesak Jimmy Wong meletak jawatan kerana pelantikannya sebagai Pengerusi DAP Sabah, bukan kehendak akar umbi.

5) Pada 22 Mac 2015, Jimmy Wong, selaku Pengerusi DAP Sabah, bertindak menghentikan sebarang kerjasama dengan PAS Sabah sebagai tanda protes apabila PAS meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Kelantan. Alasannya, DAP membantah sebarang pelaksanaan hudud.

6) Pada 16 Julai 2019, syarikat pemaju Jeramas Sdn Bhd memfailkan saman fitnah ke atas Jimmy Wong. Beliau membuat kenyataan media bahawa syarikat itu melakukan kesalahan jenayah dalam projek Di Sabindo, Tawau.

Banyak lagi senarai kontroversi yang melibatkan Jimmy Wong. Antara lain, beliau pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Sabah, Musa Aman pada tahun 2012.

[1] https://www.theborneopost.com/2012/03/28/jimmys-native-cert-revoked/

[2] https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/11/17/sidang-dun-sabah-kecoh-apabila-adun-dap-didakwa-ceroboh-tanah-rizab

[4] https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/01/09/sabah-dap-chairman-jimmy-wong-quashes-talk

[5] https://www.hmetro.com.my/node/38634

[6] https://www.theborneopost.com/2019/09/19/developer-sues-jimmy/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s